Popular Posts

Sunday, December 11, 2016

PTPTN DAN CRISS / CTOS

HUTANG PTPTN BOLEH HALANG ANDA DARI TRAVEL KE LUAR NEGARA


Assalamualaikum dan selamat malam semua,

Selamat bercuti kepada semua, long weekend lagi ye, cuti Maulidur Rasul, dan pada yang bekerja di Selangor dpt cuti Harijadi Sultan Selangor.

Memang waktu terbaik untuk bercuti ke luar negara atau cuti-cuti Malaysia je :) Tp sebelum ke luar negara tu ada baiknye check dulu kot-kot ada halangan perjalanan dekat imigresen especially yang ada hutang PTPTN tu. Hehehe. Kang tak pasal-pasal tak boleh board kapal terbang. Malu bai!

Ni sy nak share macam mana nak check status senarai hitam PTPTN, kalau korang semua tak bayar hutang PTPTN ni, nama anda akan disenarai hitam oleh pihak PTPTN. Bukan setakat itu, nama anda akan ada dalam CTOS/CRISS dan dihalang dari keluar negara.

Ni saya letak link macam mana nak check samada nama anda disenarai hitam oleh PTPTN atau tak


Lepas dah isi No Kad Pengenalan, No Telefon dan alamat emel, anda akan di direct kan ke page berikut:


Ada dua pilihan kat situ:

1) Imigresen
2) PTPTN

Lepas tu anda boleh tau la nasib anda, disenarai hitam atau tak :) 

Ok lah setakat itu dulu, lepas ni sy citer pulak mcm mana nak buat kalau anda diserai hitam kan oleh Imigresen sebab hutang PTPN dan disenaraikan di CRISS dan CTOS yang menyebabkan permohonan pinjaman anda ditolak pihak bank. 

Wassalam dan selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita. 




Saturday, September 10, 2016

Berapa Banyak Penggunaan Elektrik Barangan Elektronik di Rumah?

Salam Hari Arafah!

Hari ini 11 September 2016, dan hari Arafah jatuh pada hari ini. 

Berapa ramai yang puasa harini say i! Hehehe. Banyak fadilat atau kelebihan puasa pada hari Arafah ni...

Ok lah sebenarnye harini saya nak bg sedikit info berguna. 

Semalam saya ada beli sebiji kerusi urut Gintel mcm kat bawah ni.

Lepas tu dia ada tulis penggunaan elektrik dalam 50w. So saya terfikir 50w tu kuat makan elektrik ke tak? 

So sy gugel dpt info berikut: 


Mmg rendah lagi penggunaan kerusi urut bucket seat Gintell ni kalau nak banding dgn seterika!

Berbaloi la beli. Hehehe... 

Ok stakat tu dulu. Nanti bile kerusi urut ni dh sampai saya tulis review pasal kerusi urut ni pulak. Tp design dia mmg cun. Kecik, kompak dan comel je. Tak bulky mcm kerusi urut yang lain. 

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Qurban! Labbaikallah! 

Tuesday, July 19, 2016

Insurans Rumah: Perbezaan MRTA dan MLTA

Apa itu insurance utk rumah?

Assalamualaikum semua? Apa kabar? Rasenye tak terlambat utk saya mengucapkan Selamat Hari Raya :) 

Kali ni sy nak share sket pasal insurance rumah. Ramai antara kita yang dh beli rumah tp tak tau atau xnak ambik tau pun pasal insurance rumah kan? Sumenye pass pada bank je utk uruskan.

Haa, at least kita kene ada ilmu sket pasal insurance rumah ni. Familiar tak dgn term MRTA atau MLTA? Apa beza dua2 ni?


Apa maksud MRTA dgn MLTA ni?

Apa kepentingan insurance rumah ni? Apa jadi kalau pembeli rumah mati? Rumah akan dpt pada pewaris ke tak?

Haa, sbb tu penting utk kita tau pasal insurance rumah ni.

Jom kita start dr basic. Insurance rumah ni mcm insurance nyawa jugak. Dia akan cover bilamana apa2 terjadi pada pembeli insurance. Untuk pengetahuan kwn2 semua, ada dua jenis insurance yang kita boleh ambik utk melindungi rumah kita apabila kita ditimpa musibah (i.e kematian, cacat kekal atau sakit kritikal) yang menyebabkan kita tak mampu nak buat bayaran bulanan. Jadi insurance ni yang akan cover installment kita tiap bulan tanpa membebankan pewaris kita. Sbb tu penting ada insurance rumah ni.


Persoalannya, nak ambik MRTA ke MLTA?

Apa beza MRTA dan MLTA? OK, kita start dgn MRTA dulu, MRTA ni nama penuh dia "Mortgage Reduced Term Loan". MRTA ni perlindungan insurance utk pinjaman perumahan. Insurance ni paling ramai org ambik and paling kerap pihak bank suggest kita ambik. 

Tujuan dia sebagai perlindungan kewangan baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya pembeli meninggal atau ditimpa musibah kecacatan kekal. Bila ini terjadi, pewaris tak perlu bayar apa2 installment rumah sbb pihak insurance yang akan langsaikan.

MLTA??
MLTA ni nama panjang dia "Mortgage Life Term Assurance". Ia merupakan alternative kepada MRTA yang mana insurance jenis ni merupakan insurance takaful hayat yang bertujuan menjamin bayaran kepada bank terlaksana sekiranya terjadi musibah kpd pembeli. 

Beza dia MLTA ni bole bayar ansur2, tp MRTA kene bayar lump sum (include dlm loan rumah). 

Lagi satu perbezaan besar MRTA dgn MLTA ni, MRTA ni jika digabung dgn loan rumah, amaun fee insurance MRTA akan meningkat sampai 3 kali ganda (termasuk interest bank). 

Yang paling UTAMA, MRTA ni kadar perlindungan ini malangnya tiada saving (100% fee MRTA akan diambil oleh pihak syarikat insurance). Tapi MLTA ni sebahagian caruman bulanan akan dipulangkan sebagai tabungan simpanan anda (ada cash value).

Ada lagi perbezaan dia. Nanti saya sambung lg utk part 2 ok? :) Semoga bermanfaat. Wassalam. 

Wednesday, June 29, 2016

Cara Guna Remote Hypptv untuk control Smart TV

Macam mana nak control TV menggunakan remote control Hypp TV?


Assalamualaikum,

Salam 25 Ramadhan, anda pengguna Hypp TV? Sy pasti ada mesti ada masalah perlu gunakan 2 remote dalam satu masa utk maneuver channel, sounds dan nak on/off tv kan?

Jom saya kongsikan cara utk pairkan remote Hypp TV dgn remote control smart tv.

Ini cara2 dia:



  1. Halakan remote TV ke remote Hypp Tv.
  2. Tekan dan hold butang "Scan" selama lebih kurang 3 saat sampai lampu LED hijau menyala secara berterusan.
  3. Tekan butang "Power" kaler biru dan lampu LED Hypp TV akan start berkelip2. Itu maknenye remote Hypp Tv anda dan bersedia utk meniru pattern remote TV utk fungsi "Power".
  4. Tekan remote TV butang "Power" sampai lampu LED Hypp TV anda berhenti berkelip2. 
  5. Tekan "Scan" semula untuk menghentikan "learning mode".
  6. Ulang step diatas utk fungsi "TV/AV" dan Vol+-.
Selamat mencuba dan sekarang anda hanya perlu guna remote Hypp TV anda utk control Smart TV anda.

Semoga bermanfaat :)

P/S: Gambar yang 1st tu hiasan je. Hehehe. Jangan marah eh...

Majlis Aqiqah Aleeka Zafira

Assalamualaikum dan salam Ramadan,


Dah lama tak update block ni, harini saya luangkan sedikit masa utk update ruangan maya ni. Nak share majlis aqiqah anak perempuan bongsu saya yang berlansung pada 29 Mei 2016 yang lalu.

Ni video nye. Saya dah upload di youtube sekali. Enjoy!

Credit kepada isteri, ayah dan ibu mertua, saudara mara yang menjayakan majlis ni dengan jayanye. 

Photographer/ videographer:Clopulopu
Lagu: Opick "Ya Maulana"