Popular Posts

Tuesday, July 19, 2016

Insurans Rumah: Perbezaan MRTA dan MLTA

Apa itu insurance utk rumah?

Assalamualaikum semua? Apa kabar? Rasenye tak terlambat utk saya mengucapkan Selamat Hari Raya :) 

Kali ni sy nak share sket pasal insurance rumah. Ramai antara kita yang dh beli rumah tp tak tau atau xnak ambik tau pun pasal insurance rumah kan? Sumenye pass pada bank je utk uruskan.

Haa, at least kita kene ada ilmu sket pasal insurance rumah ni. Familiar tak dgn term MRTA atau MLTA? Apa beza dua2 ni?


Apa maksud MRTA dgn MLTA ni?

Apa kepentingan insurance rumah ni? Apa jadi kalau pembeli rumah mati? Rumah akan dpt pada pewaris ke tak?

Haa, sbb tu penting utk kita tau pasal insurance rumah ni.

Jom kita start dr basic. Insurance rumah ni mcm insurance nyawa jugak. Dia akan cover bilamana apa2 terjadi pada pembeli insurance. Untuk pengetahuan kwn2 semua, ada dua jenis insurance yang kita boleh ambik utk melindungi rumah kita apabila kita ditimpa musibah (i.e kematian, cacat kekal atau sakit kritikal) yang menyebabkan kita tak mampu nak buat bayaran bulanan. Jadi insurance ni yang akan cover installment kita tiap bulan tanpa membebankan pewaris kita. Sbb tu penting ada insurance rumah ni.


Persoalannya, nak ambik MRTA ke MLTA?

Apa beza MRTA dan MLTA? OK, kita start dgn MRTA dulu, MRTA ni nama penuh dia "Mortgage Reduced Term Loan". MRTA ni perlindungan insurance utk pinjaman perumahan. Insurance ni paling ramai org ambik and paling kerap pihak bank suggest kita ambik. 

Tujuan dia sebagai perlindungan kewangan baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya pembeli meninggal atau ditimpa musibah kecacatan kekal. Bila ini terjadi, pewaris tak perlu bayar apa2 installment rumah sbb pihak insurance yang akan langsaikan.

MLTA??
MLTA ni nama panjang dia "Mortgage Life Term Assurance". Ia merupakan alternative kepada MRTA yang mana insurance jenis ni merupakan insurance takaful hayat yang bertujuan menjamin bayaran kepada bank terlaksana sekiranya terjadi musibah kpd pembeli. 

Beza dia MLTA ni bole bayar ansur2, tp MRTA kene bayar lump sum (include dlm loan rumah). 

Lagi satu perbezaan besar MRTA dgn MLTA ni, MRTA ni jika digabung dgn loan rumah, amaun fee insurance MRTA akan meningkat sampai 3 kali ganda (termasuk interest bank). 

Yang paling UTAMA, MRTA ni kadar perlindungan ini malangnya tiada saving (100% fee MRTA akan diambil oleh pihak syarikat insurance). Tapi MLTA ni sebahagian caruman bulanan akan dipulangkan sebagai tabungan simpanan anda (ada cash value).

Ada lagi perbezaan dia. Nanti saya sambung lg utk part 2 ok? :) Semoga bermanfaat. Wassalam. 

No comments:

Post a Comment