Popular Posts

Sunday, January 27, 2019

Thailand Road trip 19 Jan - 22 Jan 2019 - Part 1

Thailand Road Trip January 2019

Salam 2019 untuk semua,

Seperti yang saya janji di instagram saya minggu lepas, saya nak kongsikan pengalaman mengembara ke bumi Thailand dengan kereta.

Banyak sangat nak cerita dan munkin saya akan buat beberapa post untuk "Thai Road Trip ni"

Harini saya kongsikan "teaser" dan itinerary sahaja dulu. Sebagai pemula, saya sertakan peta perjalanan saya tapi tak termasuk dari Kota Damansara ke rumah mertua saya di Kampar.

Day 1: 18 Januari 2019
No of pax: 5+2 (Aku, isteri, 3 anak, mak & pak mertua)
No of car: 1 kereta
  • Kami bertolak dari Kota Damansara selepas Subuh, sampai di Kampar dalam pukul 8.30am.
  • Rehat dulu kat rumah mertua, breakfast, lunch dan solat Jumaat.
  • Lebih kurang pukul 3 petang kami bergerak ke Gerik. 
  • Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam untuk sampai ke Rumah Rehat di Gerik.
  • Kami bermalam di Gerik sebelum berjumpa dengan rakan kembara yang lain keesokan hari.
  • Ni Rumah Rehat yang tempat kami menginap untuk satu malam Sri Inai Inn:
  • Masakan kat Kafe Sri Inai Inn ni sedap.
Day 2: 19 Januari 2019
  • Seawal 7 pagi kami bergerak menuju ke tempat berkumpul di Masjid Pengkalan Hulu.
  • Sebanyak 7 buah kenderaan akan berkonvoi dari Pengkalan Hulu menuju ke Satun, Thailand melalui pintu masuk Wang Kelian, Perlis. 
  • Kami bermula dengan bersarapan. Hehe
  • Ni tempat kami berkumpul:
  • Lepas bersarapan pagi, lebih kurang pukul 9 pagi, kami bergerak ke Wang Kelian merentas Pengkalan Hulu ke Baling kemudian ke Sik melalui jalan ladang Tradewinds dan Tasik Pedu. 
  • Perjalanan yang memang jauh dan dijamu dengan pemandangan alam yang mengasikkan. Tapi sayang tak ambil gambar. Hehehe.
  • Kami sampai dia pintu sempadan Wang Kelian lebih kurang pukul 1 petang. Ni gambar anak no.2 dan yang bongsu depan tanda nama Wang Kelian (dah rosak ejaan Wang Kelian):
  • Angin kat sini kuat betul.
  • Selepas selesai melalui urusan Imigresen di kedua-dua negara (Malaysia & Thailand), kami pun meneruskan perjalanan.
  • Persinggahan pertama kami di Thale Ban National Park.
  • Singgah untuk minum dan makan ringan dulu.
  • Tempat ni cantik tapi sayang kami tak dapat nak explore sangat sebab sangat panas dan kami mengejar masa. Sempat ambik gambar dengan replika je. Hehe.


















  • Lepas rehat sekejap, kami meneruskan perjalanan untuk mencari makan tengahhari. 
  • Kami dipelawa oleh rakan-rakan dari Betong untuk merasa "Phadthai" popular di selatan Thai.
  • Pemilik restoren saudara Islam kita.
  • Ni restoren tempat kami makan Phadthai tu:
  • Ni pulak rupa Phad Thai nye. Makan dengan ulam seperti Jantun Pisang, Timun  dan ulam raja.
  • Lepas makan tengahhari, kami singgah solat di masjid berdekatan. Dekat sangat dengan restoren tempat kami makan tu, lebih kurang 50 meter je.
  • Lepas solat, kami meneruskan lagi perjalanan kami ke Satun, Thailand.
  • Ok sampai sini dulu. Part 2 saya sambung esok.
  • Tungguuuuuu.... Wassalam. 

No comments:

Post a Comment