Selamat berhujung minggu. Igt tak post sebelum ni saya ada kongsi mengenai hutang PTPTN dan kaitan CTOS and CCRIS.
Haa, ni sambungan dia. Sebelum tu baik sy citer sket la ye sejarah pinjaman PTPTN saya ni. Semua tau yang PTPTN ni ialah badan kerajaan yang menyediakan pinjaman untuk rakyat Malaysia yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading (tertiary education).
Lepas je abis matrik di UIA Petaling Jaya, saya pun apply biasiswa JPA dan alhamdulillah lulus permohonan saya dan berjaya dapat biasiswa JPA. Tapi masa saya masuk tahun pertama di UIA main camp di Gombak, biasiswa JPA ni lambat. Setahun tunggu (i.e. tahun kedua dia UIA Gombak) baru saya dapat duit biasiswa dari JPA ni.
Disebabkan saya ni berasal dari keluarga yang susah, saya terpaksa la ambik jugak PTPTN ni utk tahun pertama di UIA Gombak berjumlah RM7,500. Di tahun kedua saya terus terminate pinjaman dengan PTPTN sbb dh dpt duit biasiswa JPA. Legaaaa...
Selepas dah kerja, hutang dengan PTPTN ni saya buat2 lupa dan cuma pernah bayar sekali je, tu pun masa tahun pertama kerja. Hehehe....
Selepas 10 tahun (i.e. April 2017) saya nak buat refinance rumah. Tup2 bank call bgtau credit assessment tak lepas sebab ada hutang tertunggak dgn PTPTN. Kalau nak proceed dgn refinancing kene clearkan hutang PTPTN dulu ------ Bank dapat ni dari laporan CCRIS.
Jadi saya pun dengan pantas cari website PTPTN dan call number service center diaorg. Ni sy share link ke website PTPTN:
Klik sini
Ni pulak number Careline PTPTN:
03-2193 3000
Telepon je number careline PTPTN ni confirm pegawai PTPTN akan layan anda dengan baik. Masa sy call tu En. Asrol yang attend. Saya pun cerita masalah saya pada dia dan dia terus bagi consultation. Dia bgtau hutang PTPTN saya pada waktu jumlah dia ialah RM7, 784.00. Hutang asal RM7,500.00 maknanya RM284.00 tu jumlah upah mengurus/interest yang terkumpul.
En. Asrol bgtau saya kene bayar paling kurang 50% daripada jumlah tunggakan iaitu RM3,910.00. Selebihnya beliau nasihatkan saya untuk buat bayaran insuran bulanan dan tukar dari pinjaman konvensional kepada ujrah. Bile tukar kepada Ujrah (pinjaman Islamik) kadar upah tu jadi lebih murah, dari 4% ke 1%.
Saya bersetuju dan bayar sejumlah RM3,910.00 melalui Maybank2u dan saya terus whatsapp En. Asrol bgtau sy dh buat bayaran seperti yang dibincangkan serta share dengan dia sekali bukti pembayaran. Dengan sepantas kilat, En. Asrol email saya surat rasmi PTPTN yang menyatakan saya dah buat 50% bayaran hutang PTPTN dan baki pinjaman akan dibayar melalui ansuran bulanan. Beliau juga sertakan surat tawaran untuk bertukar kepada Ujrah.
Saya pun dengan gembiranya mengforwardkan surat sokongan pembayaran dari PTPTN tu kepada banker saya dan settle terus masalah refinancing rumah :))
Lepas dpt je duit cash out dari refinancing rumah, macam biasa saya buat2 lupa la nak buat bayaran ansuran bulanan ke PTPTN tu. Hehehe. Borang untuk tukar ke Ujrah pun saya tak hantar semula ke En. Asrol. Perap je dalam laci. Huhu. Memang manusia ni mudah lupa :P
Tapi mmg saya simpan azam nak bayar sekaligus baki pinjaman tu sebelum 31 December 2017, sebab En. Asrol ada bgtau yang kalau bayar sekaligus sebelum atau pada 31 December 2017 PTPTN akan bagi potongan/diskaun sebanyak 15%.
So, pada 27 December 2017 saya call semula careline PTPTN nak bertanya dan confirmkan baki pinjaman PTPTN saya. Kali ni Cik Nur Amirah yang attend to my call.
Yang bestnya dia bgtau, kalau sy buat bayaran penuh/sekaligus baki pinjaman, saya entitle untuk dapat 20% diskaun!!! Ye 20% diskaun!!! Rupanya masa pembentangan budget 2018 oleh PM DS Najib, dia ada bgtau berita baik ni. Peminjam PTPTN yang bayar lump sum hutang PTPTN dr Oktober 2017 ke December 2018 akan dapat diskaun 20%. Banyak tu diskaun.
Lepas tu terus Cik Nur Amirah email saya surat confirmation of loan balance. Saya tepek kat bawah ni:
Lepas je dapat email confirmation dari Cik Amirah ni, saya terus pergi ke kaunter PTPTN paling dekat dengan rumah i.e. PTPTN cawangan Kota Damansara dekat Giant Kota Damansara. Kebetulan tengah cuti seminggu nak abiskan cuti tahun.
Lepas buat bayaran saya pun whatsapp Cik Amirah dan share sekali receipt bayaran PTPTN mcm kat bawah ni:
2-3 hari lepas tu saya dapat email ni plop:
So konklusinya:
1) Saya jimat hampir RM1k bile buat bayaran penuh disebabkan 20% diskaun yang PTPTN bagi:
Jumlah hutang RM7,784
Jumlah bayaran RM6,788 (RM3, 910 bayaran bulan April + RM2878 bayaran bulan Disember)
Jumlah penjimatan (RM999)
2) Staff PTPTN memang efisien dan profesional. Sangat2 membantu dan sedia menawarkan perkhidmatan terbaik beserta nasihat dan way forward utk selesaikan hutang kita.
3) Rajin2 lah semak baki hutang PTPTN anda dan usahakan untuk bayar sekaligus hutang anda untuk menikmati diskaun 20% (sampai 31 December 2018 je!!!). So cepat2 lah bayar.
4) Bila ada hutang dengan PTPTN dan dah lama tertunggak xde bayaran langsung. Tinggi kemungkinan anda akan di ban untuk keluar negara oleh Imigresen. Kalau nak check anda kene ban ke tak boleh check dekat link ni:
KLIK SINI!
5) Hutang tetap hutang. Kene bayar walau apa pun betul tak? Hehehe
Ok lah setakat itu dulu ye. Semoga bermanfaat. Kalau ada nak tanya apa2 boleh la utarakan di ruangan komen: