Popular Posts

Sunday, November 25, 2018

Cukai-Cukai Pemilik Rumah

Apa Cukai-Cukai Yang Perlu Dibayar oleh Pemilik Rumah?

Assalamualaikum semua dan salam Malaysia Baharu. Disini saya nak berkongsi cukai2 yang perlu dibayar oleh pemilik rumah samada rumah bertanah (landed house) atau rumah bertingkat (apartment).
Ada dua jenis Cukai Utama yang perlu dibayar oleh pemilik rumah iaitu:
  1. Cukai Tanah (Quit Rent);
  2. Cukai Taksiran/Cukai Pintu (Assessment Fee); 

     Apa beza dua2 ni?
    1. Cukai Tanah  (Quit Rent)
      • Cukai ni dibayar pada Pejabat Tanah dan Daerah (PTG). Maknenye kita kene pergi ke pejabat tanah dan bayar atau boleh bayar online.
      • Dibayar setahun sekali sahaja.
      • Cukai Tanah boleh bayar online dah sekarang kalau hartanah dekat Selangor lah, negeri lain saya tak pasti sebab xde rumah kat negeri lain lagi. hehe.
      • Untuk pemilik rumah di Selangor, pembayaran online boleh dibuat melalui website ni: cukai tanah
      • Bagi pemilik apartment atau hartanah strata, anda perlu menukar nama dari Master Title (dibawah milikan pemaju) kepada nama anda sendiri. Baru boleh bayar Cukai Tanah. Kalau belum tukar strata title, JMB yang akan bayar dan charge kepada anda melalui Maintenance Fee yang anda bayar bulan2.
      • Dalam post berikutnya saya akan share bagaimana nak bayar Cukai Tanah melalui atas talian bagi pemilik kediaman yang tak bertanah i.e. apartment. 
      • Apa kesan kalau tak bayo Cukai Tanah ni? Haaa, kalau tak bayo Tanah anda akan DIRAMPAS. Jangan main2. Hehe.
      • Baik bayo sekarang. xmahal mana pun. 
       
    2. Cukai Taksiran/Cukai Pintu (Assessment Fee) 
    • Cukai ni dibayar pada Majlis Bandaraya / Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah.
    • Dibayar 2 kali setahun.
    • Cukai ni kalau xbayar, harta boleh kene SITA. Jadi silalah bayar. Hehe. 
    Ok setakat ni dulu, hantaran yang berikutnya saya share macam mana nak buat carian hakmilik Tanah/Strata dan bayar Cukai Tanah online khas untuk pemilik hartanah di Selangor sahaja. hehe. Stay tune, wassalam!