Popular Posts

Sunday, September 13, 2026

Jelajah 5 Pulau di Terengganu

Assalamualaikum semua,

Lama dah tak menulis di sini. Hahaha. Post terakhir saya pada tahun 2019. Sebelum Covid-19.


Kali ni saya nak share pengalaman semasa saya menjelajah 5 pulau di Terengganu pada tahun 2019. 

5 pulau yang saya jelajah tu ialah:

1. Pulau Perhentian

2. Pulau Perhentian Besar;

3. Pulau Redang;

4. Pulau Lang Tengah;

5. Pulau Kapas

Perjalanan bermula dari KL menaiki penerbangan ke Kota Bharu sebelum ke Jeti Kuala Besut yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan menaiki kereta sewa. 

Dari jeti Kuala Besut, kami dijemput oleh wakil JKR Besut menaiki bot laju mereka untuk melawat beberapa projek infrastuktur di bawah pengawasan mereka antaranya jeti Pulau Perhentian Kecil, Jeti Pulau Perhentian Besar, Rumah sampah di Pulau Perhentian Besar dan lain-lain. 

Di Pulau Perhentian Kecil kami singgah di masjid terapung ar-Rahman yang cantik dan satu-satunya masjid di gugusan pulau tersebut. 



 Masjid ni memainkan peranan penting sebagai pusat dakwah dan kemasyarakatan bagi penduduk Pulau Perhentian.

Selain itu, kami juga melawat jeti di pulau Perhentian Kecil dan Besar. Kami juga memeriksa rumah sampah yang begitu cantik senibinanya, macam booth gerai kecil :D Tak caya? Tengok gambar ni:




Semasa di Pulau Perhentian, kami memilih untuk bermalam di Bharat Resort. Ok la, makanan sedap, bilik pun bersih dan tak menyeramkan. Hehe. 


Kami tido 1 malam sahaja, di sebelah malam kami ke long beach Pulau Perhentian Kecil menaiki taxi bot untuk menonton pertunjukan bunga api dan persembahan silap mata. 

Setakat ini dulu cerita kali ini, in sya Allah nanti saya sambung lagi.