Popular Posts

Sunday, December 11, 2016

PTPTN DAN CRISS / CTOS

HUTANG PTPTN BOLEH HALANG ANDA DARI TRAVEL KE LUAR NEGARA


Assalamualaikum dan selamat malam semua,

Selamat bercuti kepada semua, long weekend lagi ye, cuti Maulidur Rasul, dan pada yang bekerja di Selangor dpt cuti Harijadi Sultan Selangor.

Memang waktu terbaik untuk bercuti ke luar negara atau cuti-cuti Malaysia je :) Tp sebelum ke luar negara tu ada baiknye check dulu kot-kot ada halangan perjalanan dekat imigresen especially yang ada hutang PTPTN tu. Hehehe. Kang tak pasal-pasal tak boleh board kapal terbang. Malu bai!

Ni sy nak share macam mana nak check status senarai hitam PTPTN, kalau korang semua tak bayar hutang PTPTN ni, nama anda akan disenarai hitam oleh pihak PTPTN. Bukan setakat itu, nama anda akan ada dalam CTOS/CRISS dan dihalang dari keluar negara.

Ni saya letak link macam mana nak check samada nama anda disenarai hitam oleh PTPTN atau tak


Lepas dah isi No Kad Pengenalan, No Telefon dan alamat emel, anda akan di direct kan ke page berikut:


Ada dua pilihan kat situ:

1) Imigresen
2) PTPTN

Lepas tu anda boleh tau la nasib anda, disenarai hitam atau tak :) 

Ok lah setakat itu dulu, lepas ni sy citer pulak mcm mana nak buat kalau anda diserai hitam kan oleh Imigresen sebab hutang PTPN dan disenaraikan di CRISS dan CTOS yang menyebabkan permohonan pinjaman anda ditolak pihak bank. 

Wassalam dan selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita. 




Saturday, September 10, 2016

Berapa Banyak Penggunaan Elektrik Barangan Elektronik di Rumah?

Salam Hari Arafah!

Hari ini 11 September 2016, dan hari Arafah jatuh pada hari ini. 

Berapa ramai yang puasa harini say i! Hehehe. Banyak fadilat atau kelebihan puasa pada hari Arafah ni...

Ok lah sebenarnye harini saya nak bg sedikit info berguna. 

Semalam saya ada beli sebiji kerusi urut Gintel mcm kat bawah ni.

Lepas tu dia ada tulis penggunaan elektrik dalam 50w. So saya terfikir 50w tu kuat makan elektrik ke tak? 

So sy gugel dpt info berikut: 


Mmg rendah lagi penggunaan kerusi urut bucket seat Gintell ni kalau nak banding dgn seterika!

Berbaloi la beli. Hehehe... 

Ok stakat tu dulu. Nanti bile kerusi urut ni dh sampai saya tulis review pasal kerusi urut ni pulak. Tp design dia mmg cun. Kecik, kompak dan comel je. Tak bulky mcm kerusi urut yang lain. 

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Qurban! Labbaikallah! 

Tuesday, July 19, 2016

Insurans Rumah: Perbezaan MRTA dan MLTA

Apa itu insurance utk rumah?

Assalamualaikum semua? Apa kabar? Rasenye tak terlambat utk saya mengucapkan Selamat Hari Raya :) 

Kali ni sy nak share sket pasal insurance rumah. Ramai antara kita yang dh beli rumah tp tak tau atau xnak ambik tau pun pasal insurance rumah kan? Sumenye pass pada bank je utk uruskan.

Haa, at least kita kene ada ilmu sket pasal insurance rumah ni. Familiar tak dgn term MRTA atau MLTA? Apa beza dua2 ni?


Apa maksud MRTA dgn MLTA ni?

Apa kepentingan insurance rumah ni? Apa jadi kalau pembeli rumah mati? Rumah akan dpt pada pewaris ke tak?

Haa, sbb tu penting utk kita tau pasal insurance rumah ni.

Jom kita start dr basic. Insurance rumah ni mcm insurance nyawa jugak. Dia akan cover bilamana apa2 terjadi pada pembeli insurance. Untuk pengetahuan kwn2 semua, ada dua jenis insurance yang kita boleh ambik utk melindungi rumah kita apabila kita ditimpa musibah (i.e kematian, cacat kekal atau sakit kritikal) yang menyebabkan kita tak mampu nak buat bayaran bulanan. Jadi insurance ni yang akan cover installment kita tiap bulan tanpa membebankan pewaris kita. Sbb tu penting ada insurance rumah ni.


Persoalannya, nak ambik MRTA ke MLTA?

Apa beza MRTA dan MLTA? OK, kita start dgn MRTA dulu, MRTA ni nama penuh dia "Mortgage Reduced Term Loan". MRTA ni perlindungan insurance utk pinjaman perumahan. Insurance ni paling ramai org ambik and paling kerap pihak bank suggest kita ambik. 

Tujuan dia sebagai perlindungan kewangan baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya pembeli meninggal atau ditimpa musibah kecacatan kekal. Bila ini terjadi, pewaris tak perlu bayar apa2 installment rumah sbb pihak insurance yang akan langsaikan.

MLTA??
MLTA ni nama panjang dia "Mortgage Life Term Assurance". Ia merupakan alternative kepada MRTA yang mana insurance jenis ni merupakan insurance takaful hayat yang bertujuan menjamin bayaran kepada bank terlaksana sekiranya terjadi musibah kpd pembeli. 

Beza dia MLTA ni bole bayar ansur2, tp MRTA kene bayar lump sum (include dlm loan rumah). 

Lagi satu perbezaan besar MRTA dgn MLTA ni, MRTA ni jika digabung dgn loan rumah, amaun fee insurance MRTA akan meningkat sampai 3 kali ganda (termasuk interest bank). 

Yang paling UTAMA, MRTA ni kadar perlindungan ini malangnya tiada saving (100% fee MRTA akan diambil oleh pihak syarikat insurance). Tapi MLTA ni sebahagian caruman bulanan akan dipulangkan sebagai tabungan simpanan anda (ada cash value).

Ada lagi perbezaan dia. Nanti saya sambung lg utk part 2 ok? :) Semoga bermanfaat. Wassalam. 

Wednesday, June 29, 2016

Cara Guna Remote Hypptv untuk control Smart TV

Macam mana nak control TV menggunakan remote control Hypp TV?


Assalamualaikum,

Salam 25 Ramadhan, anda pengguna Hypp TV? Sy pasti ada mesti ada masalah perlu gunakan 2 remote dalam satu masa utk maneuver channel, sounds dan nak on/off tv kan?

Jom saya kongsikan cara utk pairkan remote Hypp TV dgn remote control smart tv.

Ini cara2 dia:



  1. Halakan remote TV ke remote Hypp Tv.
  2. Tekan dan hold butang "Scan" selama lebih kurang 3 saat sampai lampu LED hijau menyala secara berterusan.
  3. Tekan butang "Power" kaler biru dan lampu LED Hypp TV akan start berkelip2. Itu maknenye remote Hypp Tv anda dan bersedia utk meniru pattern remote TV utk fungsi "Power".
  4. Tekan remote TV butang "Power" sampai lampu LED Hypp TV anda berhenti berkelip2. 
  5. Tekan "Scan" semula untuk menghentikan "learning mode".
  6. Ulang step diatas utk fungsi "TV/AV" dan Vol+-.
Selamat mencuba dan sekarang anda hanya perlu guna remote Hypp TV anda utk control Smart TV anda.

Semoga bermanfaat :)

P/S: Gambar yang 1st tu hiasan je. Hehehe. Jangan marah eh...

Friday, October 16, 2015

LangKawi dari Padang Jarak Padang Tekukur kepada Permata Emas Kedah(Part 1)

Salam Sabtu semua,

Dah lama sangat tak post apa2 kt blog ni. 

Jadi saya nak share sket "percutian pantas" saya bersama keluarga kat tempat yang diberi nama jolokan "Permata Kedah" ni.

Immediately lepas Raya Haji, kami sekeluarga decide untuk pergi ke Langkawi as a short family getaway. 

Kami plan 3D/2N bercuti di Langkawi. Dan kebetulan wife saya menang hadiah cabutan bertuah 2 nights stay utk 3 bilik dekat Frangipani Langkawi. 

So kami pun cari cheapest available flight ke Langkawi untuk 6 dewasa, 1 kanak2 dan 1 infant. Dapat la flight Malindo utk pergi and kami amik AirAsia utk flight balik.

That was our first experience flying with Malindo. Wasn't a bad experience i would say. The economy coach is quite comfy. Ample legroom, ada in-flight entertainment (ok lah walaupun ada limited selection, tp not bad compare to AirAsia).

So kami gerak dr KLIA2 around 8.15 and reach Lankawi airport pukul 9.15. Lepas collect luggage dan dapatkan kereta sewa kami decide utk makan dulu sbb tak sempat breakfast. Semua dh lapar. Hehe.

Masa tu arnd 10.30 baru, tapi dh ada kedai yang jual makan tengahhari. Kami singgah makan kat medan ikan bakar tak jauh dr airport.

Lepas makan kami terus ke Crocodile Adventure Land dekat Jalan Teluk Data.
Ni share sket gambo:

Ini buaya tembaga

Ini pulak buaya asal dr Thailand.

Kebetulan time kami sampai ada Crocodile Show (pukul 12.15) so kami sempat la tgk show (tak sempat record sbb dukung anak). 

Lepas pada tu kami pun chow utk check-in dekat Frangipani Resort dekat Chenang Beach. Kami stay dekat chalet ni: 
Utk hari pertama kami cuma rehat and malam gi makan kat area Pantai Chenang. 

The next day lagi padat dengan aktiviti tapi saya sambung esok la pulak ye. Hehe. Tunggu...

Friday, August 7, 2015

EMAS HITAM BUMI BERTUAH

Malaysia Bumi Bertuah


Salam Sabtu semua,

Masih ada open house ke? hehehe. Al-maklumlah raya kan sebulan :P

Harini aku nak share sket pasal sejarah penerokaan carigali minyak kat Malaysia.

Korang tau tak yang telaga minyak pertama yang digali di Malaysia adalah terletak di Miri, Sarawak?

Telaga minyak pertama ni digali bukan kat "offshore" tapi "onshore"

Dekat atas bukit pulak tu, nama bukit tu Bukit Kanada.  Ini bukti dia kalau tak percaya.



Digali pada 10 Ogos 1910, lagi 2 hari genap la anniversary yang ke-105 tahun penggalian minyak pertama di Malaysia ni.

Digali oleh Shell dan Shell masih lagi beroperasi di Sarawak dan Sabah. Memiliki lebih kurang 25 blocks di Timur Malaysia.

Kalau korang nak baca lebih sket refer kat bawah ni:

"One of Sarawak's most important historical monuments. MIRI WELL No. 1 - The Grand Old Lady - struck oil on 22 December 1910. Grand Old Lady is not a frail figure of an old woman but Miri's Number 1 oil well, the first cable- tool oil well in the country, a 'mother' who milked a poor country to a prosperous nation. 


Gambo waktu siang

Ini gambo waktu malam
This landmark is about 30 meters high, Located on top of Canada Hill overlooking Miri, it attracts locals to enjoy the scenery or jog on the well-designed path. 

The discovery of oil in 1910 on Canada Hill has a significant place in the history of modern Miri. Canada Hill is where the oil industry in the Sarawak started, with the successful drilling of well Miri-1 in December 1910. 


The growth of the oil industry has helped to transform Miri from a small fishing village at the turn of the 20th century into a modern and prosperous town in the 21st Century. 

The first derrick constructed was affectionately called 'The Grand Old Lady' and produced oil for 62 years. Next to the Grand Old Lady, the Petroleum Museum exhibits photographs and information on the petroleum industry. 


In joint venture with Shell Malaysia and Petronas, has built a museum-cum- information centre. At the rear of the museum, the parking lot serves as a vantage point overlooking Miri town below.

The view from Bukit Telaga Minyak is rewarding because the panorama not only include the whole town comes but also the Miri-Brunei border, the offshore oilrigs and the refineries in nearby Lutong township."



Kalau korang nak tau, Sarawak dan Sabah ada lagi undiscovered oil and gas blocks di atas darat yang masih belum diteroka. 

Ok lah stakat tu dulu. Selamat membaca. 

P/S: kita punya lagi satu sumber alam yang kita patut hargai, iaitu emas. Walaupun perlombongan emas tak sehebat minyak dan gas, tp emas adalah hasil alam kurniaan Ilahi yang kita patut hargai. 

Tuesday, July 14, 2015

Selamat Hari Raya

7 Kuih Raya Tradisi Yang Glemer




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harini dh masuk hari yang ke-28 kita berpuasa. Tak lama dah yob/yong nak ghaye.

Ate, teman nak ngimbau la semule sambutan ghaye mase teman kecik2 dulu. Tahun 80-an. Banyok kuih2 tradisi ni emak aku buat. Tak pernah beli. Tak main la beli2 ni. Sume bikin sendiri maaa... Hehehe.

Antara kuih2 tradisi yang menjadi pilihan ialah:

1) Kuih Baulu:
Kuih baulu ni main ingredient dia telor dan gula, Pukul sampai kembang. Tambahkan tepung pastu pukul lg. Sampai ringan. Lepas tu bakor dlm acuan, slalunye acuan dia buat dari tembaga. Berat kot. Hehe. Nak bako pun kene ada skill, pakai api sabut kelape/nyior. Atas api, bawah api. Baru cantik pembakaran dia. 




2) Kuih Wajik atau Nasi Manis:
Wajik atau nasi manis ni buat dari beras pulut dan gula yang banyak. masak sampai likat. Ada jenis wajik yang nasi dia lembut dan ada yang keras. Yang kaler putih pun ada (pakai gula putih) dan yang biasa kaler perang mcm ni (pakai gula perang).


3)Dodol
Dodol ni antara kuih paling popular, sbb dlm lagu Anuar Zain ada sebut. Tak caye? Haa, klik sini: Dodol Untuk Ayah.




4) Kuih Karas
Yang ni antara favorite aku. Renyah, enak dan gurih. Rangup dan manis2 buah. Sedap bro. 




5) Putu Kacang dan Putu Beras

Putu Beras bukan Putu Biras :P
Kuih yang dua ni emak aku mmg tiap2 tahun buat. Kuih wajib, sebab kuih ni jadi sumber pendapatan emak aku. Duit jualan kuih ni la emak aku belikan aku baju raya. Walau bagaimanapun aku tak berapa gemo kuih putu ni. Manis sgt. Hehehe.



6) Kuih Bangkit

Haa, kuih ni elok utk sesape untuk nak bangkit bangun sahur pagi2. Hehehehe.




7) Kuih Tau Sa Piah
Ini bukan kuih tradisi Melayu, tapi aku suke kuih ni. Isi kacang yang ditumbuk dgn gula. Disalut lapisan tepung gebu dan dibakar sempurna. Mama Mia! Enak tak terkata. Hat ni emak aku tak masak. Tapi abah aku beli. Hehehe.

Ok lah stakat ni dulu. Kalau nak share kuih raya tradisi favorite korang boleh la comment. Kita trobek sket la. Seronok raya mase kecik2 dulu. Hehehe. 





Akhir kata, terimalah pantun raya ni:

"Lembu kekoh kaki boyye
Boyye sakkut pelekong teng
Selamat Hari Raye
Maaf Zahir Bateng"

Jumpa lagi di lain coretan.